Sistem koordinasi adalah sistem yang mengatur semua organ dalam tubuh badan agar bekerja secara teratur. Sistem koordinasi bekerja untuk menerima rangsangan dan mengeluarkan rangsanagan yang telah diterima dan ditafsir.
Sistem koordinasi terdiri daripada :
- sistem saraf
- sistem endokrin
SISTEM SARAF
Sistem saraf merupakan sistem dalam badan yang menghubungkan semua bahagian tubuh dengan sistem saraf pusat. Sistem saraf berfungsi untuk menyelaras aktiviti dalam badan dengan menghantar mesej dalam bentuk impuls sebagai tindabalas terhadap rangsangan yang diterima.
Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu :
- sistem saraf pusat (CNS)
- sistem saraf periferal (PNS)
Komponen sistem saraf :
- berfungsi sebagai sistem penghantaran maklumat
- penghantaran maklumat dalam bentuk impuls elektrik
- mempunyai sel bernama neuron
SISTEM ENDOKRIN
Sistem endokrin berfungsi untuk mengawal dan mengkoordinasi funsi badan dengan penglibatan bahan kimia dalam badan yang dikenali sebagai hormon
Komponen yang terlibat dalam sistem endokrin :
- kelenjar : merembeskan produk ke salur darah secara terus
- hormon : bahan kimia yang dirembeskan untuk menyampaikan maklumat
- sel sasaran : sel yang mempunyai reseptor yang khusus kepada hormon tertentu
- reseptor : protein yang terdapat pada dinding membran yang mengenal hormon tertentu yang boleh merangsang perubahan sel
Kepentingan sistem koordinasi
- Sistem saraf dan sistem endokrin berfungsi bersama bagi membolehkan badan bertindak balas mengikut respon yang bersesuaian dengan keadaan. Sebagai contoh, apabila berhadapan dengan kebakaran, sistem saraf akan menerima maklumat bahawa keadaan diri dalam keadaan bahaya. Sistem saraf akan menghantar maklumat kepada sistem endokrin akan memberi isyarat kepada kelenjar adrenal untuk merembeskan lebih hormon yang menukarkan glikogen kepada glukos untuk kegunaan otot, dengan itu otot akan mempunyai tenaga untuk bertindak balas dengan nelarikan diri dari situasi merbahaya.