Otak merupakan organ terpenting kepada manusia dan juga beberapa spesis kehidupan di dunia.Otak menjalankan beberapa fungsi utama yang membantu fungsi-fungsi lain yang berjalan didalam tubuh manusia untuk melakukan aktiviti.
FUNGSI OTAK
Fungsi utama otak adalah menjadipusat kawalan utama kepada semua aktiviti kognitif dan fisiologi tubuh badan. Otak juga menjalankan fungsi kompleks dalam tubuh badan dengan bantuan hubungan antara sel-sel otak yang dipanggil neuron dan beberapa tindak balas kimia yang berlaku dalam otak.
Otak terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :
- Frontal Lobe : Merupakan bahagian lobus hadapan otak. Lobus yang menjalankan fungsi sebagai kemampuan menyelesaikan masalah, memberi penilaian, kreativiti, kawalan perilaku seksual, dan kemampuan bahasa secara umum.
- Parietal Lobe : Lobus yang terletak dibahagian tengah otak yang memainkan peranan fungsi sebagai proses sensor perasaan seperti tekanan, sentuhan dan rasa sakit.
- Occipital Lobe : Lobus ini terletak di bahagian belakang otak. Lobus ini memainkan peranan berkaitan rangsangan visual yang membolehkan manusia mampu melakukan interpretasi terhadap objek yang ditangkap melalui retina mata.
- Temporal Lobe : Lobus ini terletak di bahagian bawah otak dimana ia berfungsi berkaitan kemampuan pendengaran, pemaknaan, dan bahasa dalam bentuk suara.
Otak juga mempunyai bahagian lain selain yang dinyatakan diatas. Bahagian lain otak adalah :
- Forebrain
- Midbrain
- Hindbrain
FOREBRAIN
Bahagian otak yang mempunyai dua bahagian iaitu Cerebral Cortex dan Lymbic System.
* Lymbic system
- hypocampus : pemprosesan memori
- amygdala : keagresifan dan ketakutan
- hypothalamus : lapar, haus, suhu, hormon
- thalamus : menerima maklumat sensori dan menghantar maklumat ke bahagian tengah otak
* Cerebral cortex
- frontal lobe : membuat keputusan
- parietal lobe : menerima maklumat sensori
- occipital lobe : menerima maklumat visual
- temporal lobe : menerima maklumat auditori
MIDBRAIN
Bahagian otak ini mengawaltindak balas untuk penglihatan khususnya pergerakan mata. Bahagian ini juga membantu mengawal pergerakan otot dan pendengaran.
HINDBRAIN
Bahagian ini terletak pada bahagian bawah struktur otak. ia berfungsi sebagai penghubung otak kepada saraf tunjang.
- Medula Oblongata : mengawal aktiviti automatik seperti degupan jantung, pernafasan, pertukaran gas di paru-paru
- Pons : menghubungkan medulla oblongata ke serebelum dan membantu mengawal pergerakan setiap bahagian pada tubuh badan.
- Reticular Formation : rangkaian neural yang terletak di dalam medulla oblongata yang mengawal fungsi seperti tidur dan tumpuan.
CEREBELLUM
Serebelum terletak diatas pons dan di belakang brain stem. Ia berfungsi untuk mengkoordinasikan pergerakan lakuan motor. Ia turut menerima maklumat dari saraf sensori dan sistem penglihatan dan pendengaran.
No comments:
Post a Comment